banner

Tuesday, August 21, 2012

Berpuasa Enam Dibulan Syawal

Hadith :

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “ Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.


“sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/niat-puasa-6-di-bulan-syawal-panduan-berpuasa-6/#ixzz24CswzwF0


Huraian
1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.
3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.



“sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/niat-puasa-6-di-bulan-syawal-panduan-berpuasa-6/#ixzz24CswzwF0


“sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/niat-puasa-6-di-bulan-syawal-panduan-berpuasa-6/#ixzz24CswzwF0

source from : 
http://ii.islam.gov.my

Saturday, August 18, 2012

Amalan DiPagi Aidilfitri


UMAT Islam di ambang 1 Syawal menandakan kedatangan Aidilfitri dengan penuh rasa kegembiraan walaupun ada sebilangan kecil bersedih memikirkan nostalgia Ramadan yang akan ditinggalkan.
Masih ramai kalangan masyarakat Islam keliru status amalan ketika meraikan Aidilfitri sama ada perbuatan itu ibadat yang mendatangkan pahala atau sekadar adat diwarisi secara turun temurun.

Memakai pakaian paling cantik dan yang terbaik adalah tuntutan syarak serta amat digalakkan Rasulullah. Ia menjadi ibadat jika niat si pemakai untuk menjunjung panduan diberikan Rasulullah.

Baginda sendiri memakai pakaian yang terbaik dan paling cantik, malah menyarankan sahabat supaya berpakaian cantik seperti disebut cucu Baginda, Saidina Hassan: “Nabi memerintahkan kami di pagi raya supaya memakai pakaian paling baik yang kami miliki dan berwangian dengan wangian paling baik kami miliki.”

Imam Ibn Qayyim ada menyebut, di hari raya Nabi memakai pakaiannya yang paling cantik. Baginda mempunyai pakaian khas yang biasanya dipakai pada dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) serta hari Jumaat.

Bagaimanapun, perbuatan itu menjadi adat jika si pemakai membeli pakaian baru hanya sekadar mengikut aliran atau sebab orang lain turut memakai baju baru. Perkara dituntut adalah paling cantik dan setiap yang cantik itu tidak semestinya baru. Dibimbangi jika membeli pakaian baru dalam keadaan membazir dan berlebihan sedangkan pakaian sedia ada masih elok dan boleh digunakan.
Makan sedikit sebelum keluar mengerjakan solat sunat Aidilfitri termasuk dalam sunnah Baginda dan makanan pilihan Baginda ialah tamar. Saidina Anas bin Malik menyebut: “Adalah Nabi tidak akan keluar untuk solat Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan buah tamar terlebih dulu dengan bilangan yang ganjil (3 atau 5 atau 7 biji).”

Menjamah makanan di pagi Aidilfitri adalah pernyataan bahawa diharamkan berpuasa pada hari itu. Mesej bersegera makan dan bersolat sunat Aidilfitri untuk mengelak orang Islam memikirkan mengenai puasa kerana itu adalah hari kegembiraan selepas sebulan menahan makan dan minum.

Sesiapa yang berpuasa pada hari itu dianggap menolak pelawaan dan pemberian Allah SWT kepada hamba-Nya kerana orang Islam adalah tetamu Allah SWT pada hari penuh kemuliaan. Justeru, apabila seseorang terus keluar tanpa menjamah sedikit makanan, maka meninggalkan sunnah amalan Rasulullah.

Membayar zakat fitrah hukumnya wajib dan sesiapa meninggalkannya berdosa. Ia mesti ditunaikan sebelum mengerjakan solat sunat Aidilfitri. Kelewatan membayarnya akan mengakibatkan ia tidak dikira sebagai zakat dan hanya dianggap sebagai sedekah.

Ibn Abbas menyebut: “Zakat fitrah untuk menyucikan orang yang berpuasa daripada lagha (perkara tidak berfaedah), keji dan sebagai pemberian makanan kepada orang miskin. Sesiapa menunaikan sebelum solat Aidilfitri, itu adalah zakat diterima di sisi Allah dan sesiapa menunaikan selepas solat, maka ia dianggap sebagai satu sedekah.”

Ada sesetengah umat Islam sengaja melambat-lambatkan bayaran zakat atas alasan masih awal atau sengaja menunggu pada saat-saat akhir, namun apa yang dibimbangi jika luput daripada waktu sepatutnya.

Solat sunat Aidilfitri adalah sunat muakad (sunat yang amat dituntut). Ia disyariatkan Allah SWT pada tahun pertama hijrah. Rasulullah sendiri keluar rumah untuk bersolat Aidilfitri bersama isteri Baginda.

Disunatkan juga keluar rumah ke masjid melalui jalan lain dan balik dengan jalan lain. Ini dinyatakan sahabat bernama Jabir bahawa begitulah keadaan Baginda setiap kali pergi dan balik daripada menunaikan solat itu.

Ada yang meringan-ringankan amalan ini atas alasan ia sekadar amalan sunat. Ada pula terlalu memberatkan sedangkan solat fardu lain tidak diambil berat, malah tidak pun diamalkan.

Seperkara yang penting untuk dikaitkan dengan Aidilfitri ialah amalan bertakbir. Ia mula dilaungkan selepas jelas terlihat anak bulan Syawal dan berakhir apabila hendak ditunaikan solat sunat Aidilfitri.

Galakan bertakbir disebut secara jelas dalam firman Allah SWT bermaksud:
“Hendaklah kamu mencukupi bilangan puasa dan bertak-birlah (mengagungkan dan membesarkan) Allah atas petunjuknya yang diberikan kepadamu, semoga kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah: 185)

Bertakbir dianggap amat penting sebagai satu syiar agama bagi menzahirkan perasaan gembira dan syukur kepada Allah SWT atas kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang Ramadan. Ia juga sebagai lambang penyatuan umat Islam seluruh dunia kerana laungan takbir tetap sama walau di mana pun.

Menjadi tradisi masyarakat Melayu bersalaman dan bermaafan pada hari raya. Walaupun amalan memohon maaf sepatutnya berlaku sewaktu kedatangan Ramadan tetapi amalan itu tidak salah dilakukan pada Syawal.

Memohon kemaafan adalah lambang seorang manusia berhati mulia dan sanggup merendahkan egonya sementara yang memberi kemaafan termasuk golongan yang bertakwa dan akan mendapat keampunan Allah SWT.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, disediakan bagi orang bertakwa. Iaitu orang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, menahan kemarahannya, dan memaafkan kesalahan orang, dan ingatlah, Allah mengasihi orang berbuat perkara baik.” (Surah Ali Imran: 133-134)

Berhubung amalan menziarahi kubur, perlu difahami amalan ini tidak wajar dikhususkan sewaktu hari raya saja kerana jika dikhususkan dibimbangi amalan itu tidak dikira ibadah, bahkan menjadi adat walaupun jika benar caranya ia boleh dikira sebagai satu ibadat.

Daripada Buraidah al-Husaib al-Aslami berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: “Aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka kini ziarahilah ia.” (Riwayat Muslim, Imam at-Tirmizi menambah, “kerana ziarah kubur itu mengingatkan kepada hari akhirat.”

Berlaku juga dalam masyarakat amalan memberi duit raya kepada kanak-kanak. Ia akan menjadi ibadah jika niat si pemberi untuk bersedekah dan menggembirakan hati mereka yang menerima. Banyak ayat al-Quran memberi galakkan supaya sentiasa bersedekah.

Firman Allah SWT bermaksud: “Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikannya itu adalah lebih baik bagimu.” (Surah al-Baqarah: 271)

Sehubungan itu, perlu difahami dalam erti kata yang sebenar apakah tuntutan syarak menyambut Aidilfitri. Sesungguhnya tidak salah bergembira tetapi biarlah dalam suasana penuh kesederhanaan dan bertepatan hukum Islam.

Aidilfitri adalah manifestasi kegembiraan umat Islam kerana:


  • Dosa diampunkan selepas menjadi graduan cemerlang madrasah Ramadan. 
  • Dapat membantu golongan kurang upaya dan tiada kemampuan seperti anak yatim, fakir, miskin dan yang melarat melalui pemberian zakat serta sedekah. 
  • Rahmat dan nikmat pemberian Allah SWT yang melimpah ruah. 
  • Berkumpulnya umat Islam saling bersalaman di rumah ibadat seperti surau dan masjid sambil bertakbir, bermaafan serta mendengar nasihat melalui khutbah Aidilfitri yang disampaikan. 
  • Takbir bergema serentak di seluruh pelusuk kampung, bandar, negeri, negara dan dunia. 
  • Berpeluang mengeratkan tali silaturahim dengan amalan ziarah menziarahi sesama keluarga, kaum kerabat, sanak saudara dan sahabat handai. 
  • Tuesday, August 14, 2012

    Tips meninggalkan rumah semasa bercuti

    Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku: 
    1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.

     2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.

     3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.

     4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

     5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.

     6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.

     7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.

     8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).

     9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).

     10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.

     11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

     12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.

     13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.


    Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah 
    rumah berlaku:
    1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari
    bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci
    yang berkualiti.

    2. Pasang door viewer
    dan penyelak di pintu utama.

    3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap
    rumah


    4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan
    mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk
    kawalan di luar rumah.

    5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera
    dan CCTV


    Sebarang masalah kecemasan, sila hubungi talian terus 
    Rakan Cop yang beroperasi 24 jam:
    1  Bukit Aman  03-20319999 / 03-22663333
    2  Selangor  03-20529999
    3  Kuala Lumpur  03-21460585
    4  Perlis  04-9711999
    5  Kedah  04-7392999
    6  Pulau Pinang  04-2691999
    7  Perak  05-2401999
    8  Negeri Sembilan  06-7619999
    9  Melaka  06-2851999
    10  Johor  07-2212999
    11  Pahang  09-5151999
    12  Terengganu  09-6270499
    13  Kelantan  09-7455555
    14  Sarawak  082-240800
    15  Sabah  088-450470
    16  Labuan  087-412575


    Monday, August 13, 2012

    Kucing paling panjang didunia


    wow! panjang betul kucing ni...Diiktiraf oleh Guinness World Record kucing terpanjang didunia,kucing yg berumur 5 tahun ini yg dberi nama Stewie dan tinggal bersama tuannya Robin Hendrickson di Nevada.US.Panjang kucing ini 48.5 inc apabila dia meregangkan badannya.


    source from http://www.guinnessworldrecords.com

    Wednesday, August 08, 2012

    Lelaki paling pendek didunia


        chendra_2.jpg

        shortest_stuff.jpg

    CHANDRA BAHADUR DANGI dari Nepal dengan rasminya diiktiraf lelaki paling rendah dunia oleh Guiness World Record dengan ketinggian 54.6cm (23.5 in).Beliau diiktiraf pada Februari 2012.
    Beliau berumur 72 tahun dengan berat 14.5 kg.

    chendra_3.jpg

    source from : http://www.guinnessworldrecords.com

    Tuesday, August 07, 2012

    Tutorial Tingkatkan Trafik Secara Mendadak Dengan Traffic Exchanger by asiafans.net


    banner

    1.http://www.asiafans.net/index.php?ref=134

    2.  http://mksyahir.blogspot.com/2012/08/tutorial-tingkatkan-trafik-secara.html
    *sila klik link atau banner diatas untuk info selanjutnya..

    TQ...

    LE BURGER EXTRAVAGANT : BURGER PALING MAHAL DI DUNIA


     Restoran Seredipity 3 di New York mengumumkan hamburger yang paling mahal di dunia, Le Burger Extravagant dijual pada hujung Mei 2012

    Le Burger Extravagant dijual pada harga $ 295,00 (£ 186,52).

    Dibuat dari mentega putih truffle,diterapkan daging lembu Jepun Wagyu,burger ditambah lagi dengan keju chedar James Montgomery, Cendawan hitam dan telur puyuh goreng.

    Itu dihidangkan diatas gold dusted campagna roll dengan mentega truffle putih, dan roll itu ditambah lagi dengan 1 blini,cream fraiche dan kaviar.

    Sunday, August 05, 2012

    Pisang Belalai


    Assalamualaikum n salam sejahtera...

    Hebatkan kejadian Tuhan! Pemilik pokok pisang ini iaitu Puan Zariah Yaacob dari Ayer Lanas,Kelantan berkata benih pokok pisang ini hanya boleh didapati dari Thailand.Menurutnya lagi buahnya boleh dimakan cuma berlendir sedikit dari pisang biasa!

























    Keistimewaan Al-Quran dan malam Lailatul Qadar


    Assalamualaikum dan salam sejahtera...
    Sempena bulan Ramadhan yg mulia ini elok kita perbanyakkan atau menambah ilmu bagi memudahkan kita melakukan ibadah.kitab suci Al-Quran banyak manfaatnya jika dibaca dan diamalkan....renung2kan dan selamat beramal...


    Ulama bersetuju al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya. 


    Pada malam itu, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 diturunkan. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti kitab al-Quran yang ada hari ini.
    Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.

    Inilah sebenarnya kelebihan al-Quran yang tidak ada satu perkara pun tertinggal atau dengan lain perkataan, segala-galanya ada dalam al-Quran. 

    Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya menerangi, al-Furqan (dapat membezakan antara hak dan batil) dan az-Zikr (memberi peringatan). 

    Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. 

    Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5) 
    Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu laporan daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW menyebut empat orang bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT selama 80 tahun. 

    Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah SWT, lalu sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada amalan mereka. 

    Jibril pun membaca surah al-Qadr. Jibril berkata kepada Rasulullah SAW, ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan ini dan menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat amat gembira.
    source from Berita Harian

    KEMBAR PALING BESAR DIDUNIA


    BILLY LEON AND BENNY LOYD FROM USA

    Saturday, August 04, 2012

    Penemuan Tubuh Manusia Di Dalam Perut Ikan Jerung





    Friday, August 03, 2012

    BALA PONTENG KELAS

    Assalamualaikum n salam sejahtera...

    Akibat ponteng sekolah! hehehe


    BEIJING: Seperti pepatah “buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat,” begitulah takdir menimpa seorang pelajar yang cuba ponteng sekolah semalam.
    Gara-gara ingin melarikan diri dari kelas, De Fang menderita kesakitan amat sangat selepas bahunya ditembusi pagar sekolah.

    De, 16, dilaporkan melarikan diri dari kelas dan memanjat pagar sekolahnya di daerah Suixi di wilayah Anhui, tengah China.

    Bagaimanapun, dia tersilap langkah dan tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk bahu kanannya.

    Media tempatan melaporkan, De menjerit sekuat hati untuk meminta tolong.

    Dia bernasib baik kerana suaranya segera didengari pelajar lain yang bertindak pantas menghubungi pihak sekolah.


    Anggota bomba kemudian dikejarkan ke sekolah untuk menyelamatkan De.

    Saksi berkata, anggota bomba terpaksa mengangkat tubuh De ke udara untuk beberapa ketika sebelum mereka dapat memotong pagar berkenaan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan untuk menjalani pembedahan kecemasan. Jurucakap hospital berkata, doktor memerlukan masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan bilah besi itu sebelum dapat merawat kecederaannya. Sementara itu, De berkata, dia berasa begitu gementar ketika melompat pagar berkenaan.

    Keadaan itu, katanya, menyebabkan tapak tangannya basah kerana berpeluh. “Saya tersalah langkah dan tergelincir ketika memanjat pagar,” katanya. - DM

    source from myMetro

    p/s : jgn lupa klik like kt blog ni..tq :-)


    Wednesday, August 01, 2012

    KESAN BURUK MEROKOK SEBAIK BERBUKA PUASA

    assalamualaikum n salam sejahtera....
    apa kabar sahabat2ku....




    Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan. 

    Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya. 
    Pakar
    itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan. 

    Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas. 

    Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku. 

    Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol. 

    Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini.
    source from Berita Harian