banner

Monday, July 30, 2012

BUDAK 5 TAHUN DITEMUI HIDUP BERSAMA LEMBU

ASSALAMUALAIKUM N SALAM SEJAHTERA....

Apa khabar sahaba2ku..semoga sihat dan terus bersemangat menjalani ibadah puasa....berita yg saya post ni  boleh dikira ibubapa tak berperikemanusiaan btl......anak sendiri boleh dibiarkan hidup bersama lembu...ibubapa dia yg patut hidup dgn lembu!
ikuti berita penuh....


Moscow: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui hidup dengan lembu, tidak boleh bercakap dan cuma mampu berkomunikasi menerusi bunyi ‘moo’.
Budak berkenaan diselamatkan polis Russia selepas jirannya di daerah Solikamsk membuat laporan. 
“Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk,” kata polis.Pihak berkuasa dihubungi oleh jiran yang tinggal berhampiran ladang kecil yang diuruskan ibu bapa budak itu. 

“Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk”. - Jurucakap polis

Pegawai berkata, jiran memberitahu mereka seorang kanak-kanak perempuan tinggal dengan lembu.

“Ketika menyiasat dakwaan itu, kami mendapati ia benar,” katanya.
Ketika ditemui kanak-kanak itu tidak memakai sebarang pakaian dan tinggal dengan lembu di ladang berkenaan.

Dia juga selalu dikurung dalam bilik stor oleh ibu bapanya. 
Selepas dihantar ke pusat pemulihan, kanak-kanak itu kini ditempatkan dengan keluarga angkat.

Bukan kes pertama

Dia bukan kanak-kanak pertama ditemui dibesarkan oleh haiwan di Russia.
Pada tahun 2009, Natasha Mikhailova ditemui dibesarkan dengan sekumpulan anjing di kediaman bapanya di Chita.

Natasha, yang juga berusia lima tahun ketika ditemui, cuma menyalak untuk berkomunikasi, menyedut makanan dan cuma sebesar kanak-kanak berusia dua tahun. 
source from Berita Harian

Wednesday, July 25, 2012

BONUS SETENGAH BULAN GAJI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
ALHAMDULILLAH,syukur kpd Tuhan diatas rezki bonus setengah bulan gaji yang diumumkan kerajaan

















KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam, mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan RM500 kepada pesara kerajaan.

“Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan,” katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

source from myMetro

Farid Ismeth: 'Saya tak pernah jumpa Rosmah'

assalamualaikum n salam sejahtera...

Da lama saya duk dgr cerita pasal Farid ismeth dgn Datin Sri Rosmah Mansor ni,tapi tak tau lagi yang mana betul,yang mana salah..ikuti luahan hati farid Ismeth yang ditemubual oleh wartawan RTM....



SHAH ALAM - Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) dikenali ramai, Farid Ismeth Emir menegaskan, beliau tidak pernah bersua muka dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor walaupun banyak pihak mengaitkan dengannya. 

“Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau (Rosmah) secara peribadi, tak pernah. Dari akhbar, kita tahulah kan, kita mestilah menghormati seorang perdana menteri kan? Itu saja. Tidak pernah, demi ALLAH tidak pernah," kata beliau.
Ketika ditanya bagaimana beliau dikaitkan dengan Rosmah, Farid Ismeth berkata, "itu yang menjadi tanda tanya. Dari mana sumber kan?"
"Anak lelaki saya, anak perempuan saya (pun) tanya, ayah macam mana cerita Rosmah muncul. Pernah juga mereka tanya betulkah bapa pernah kahwin dengan Datin Seri. Saya kata saya tidak pernah.
"Sebenarnya tidak ada apa-apa, mereka sudah besar sekarang, sudah tentu mereka faham," kata Farid Ismeth sambil menambah, beliau sebenarnya tidak boleh muncul di "luar untuk membuat penafian."
"Perkara ini sudah lama dah, sudah 11 tahun, saya pun sudah muak. Balik balik itu, balik balik itu (cerita) yeah," kata beliau dalam temu bual dengan pengacara RTM, Zam Zarina Zamri.
Sehubungan itu, kata Farid Ismeth, beliau memang melalui kehidupan yang sukar apabila dikaitkan dengan Rosmah.
Kata beliau, spekulasi mengaitkan dirinya dengan Rosmah membuatkan dirinya malu, tertekan dan memendam rasa terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai.
Beliau juga berkata, gosip seumpama itu boleh dikaitkan dengan mana-mana pihak, antaranya golongan artis tetapi tidak harus dilontarkan ke atas perdana menteri.
"Sama ada kita suka atau tidak, kita kena menghormati perdana menteri. Sebab beliau adalah perdana menteri kita. Kalau benda betul, okey tetapi kalau benda tak betul, ia sangat tidak baik," katanya lagi.
Sambil mengakui tertekan dengan dakwaan ini, beliau berkata: "Saya tertekan sejak isu ini dikaitkan dengan diri saya, tapi saya terpaksa berdiam dan simpan semuanya."
“Bila saya menghadiri kenduri, ada saja orang yang akan berbisik-bisik melihat saya. Saya tahu perkara apa yang sedang mereka bisikkan,” kata Farid Ismeth, yang turut menjelaskan bahawa beliau kadangkala takut untuk keluar kerana isu tersebut.\
Bagaimanapun jelas Farid Ismeth, beliau bersyukur kerana memiliki isteri yang memahami dan tidak mudah melatah apabila berita itu tersebar.
“Isteri sangat memahami siapa saya," katanya sambil menambah, "saya katakan, saya hormati beliau dan saya sokong beliau kerana beliau seorang yang ada intergriti."

Video pengakuan farid : 

source from Sinar Harian