banner

Saturday, July 21, 2012

Wira Sukan Aneh



assalamualaikum n salam sejahtera...
pada yg tak tahu didalam dunia sukan yang biasa kita lihat terdapat juga sukan yg pelik2,yg bagusnya siap jadi rekod dunia tu! dasyat2...ada beran???? :-)

BERANI... tidak ramai yang mampu melakukan aksi seperti Professor Splash yang mencatat rekod baru di Changzhou China.


MENJELANG Sukan Olimpik yang akan bermula beberapa hari lagi di London, tidak hairanlah “demam sukan” kini melanda seluruh dunia.
Badan yang mengiktiraf catatan rekod dunia, Guinness World Records, kini menyenaraikan “wira” bidang sukan yang melakar nama masing-masing dalam cara tersendiri.

Sesetengah daripada mereka menyebabkan anda kehairanan, manakala sebahagian yang lain mendorong anda amat kagum.

Beberapa tokoh pula boleh membuat anda berasa agak loya.


Atlet unik ini membawa definisi “pemecah rekod” ke tahap baru melalui senarai terkini yang dikeluarkan dalam e-buku Guinness World Records berjudul Totally Bonkers Sporting Champions.

Buku itu boleh dibaca dalam iPad, Nook dan Kindle.

Antara pencipta rekod yang ada dalam terbitan itu ialah Veronica Torr dari New Zealand yang melakar nama sebagai pelari berpagar 100 meter paling pantas menggunakan kasut renang.

Dia mencatat masa 18.52 saat.

Sementara itu, Kenichi Ito dari Jepun diiktiraf sebagai pelari 100 meter terpantas menggunakan kedua-dua kaki dan tangannya.

Kenichi mencatat masa 18.58 saat.

Semua orang tahu bahawa pelari pecut Jamaica, Usain Bolt, adalah manusia terpantas yang berlari dengan kedua-dua kakinya apabila mencatat masa 9.58 saat untuk 100 meter.

Namun, bagaimana agaknya jika dia berlari dengan tangan dan kaki?

Pada November 2008, Kenichi membuktikan dia juga mempunyai kemampuan luar biasa walaupun berlari secara tidak normal.

Dengan menggunakan kaki dan tangannya, Kenichi mencatat masa hanya sembilan saat lebih lambat berbanding Bolt.

Mengaku “pengagum tegar monyet,” Kenichi, 29, menghabiskan masa bertahun-tahun mencuba pelbagai kaedah larian berdasarkan gerakan monyet patas yang hidup di Afrika Barat sebelum dia dapat mencipta kepantasan luar biasa itu.

Bagi Tom Daley, dia mungkin seorang penerjun yang hebat, tetapi bagaimana dia menggunakan kemahirannya di air hanya sedalam 30 sentimeter?

Darren Taylor - juga dikenali sebagai Professor Splash - memiliki pengalaman selama 25 tahun membuat “terjunan air cetek.”

Pada November 2011, lelaki berusia 50 tahun dari Colorado, AS itu memecahkan rekodnya sendiri dengan melakukan terjunan cetek tertinggi.

Dia membuat lompatan dari ketinggian 11.20 meter ke dalam takungan air yang hanya sedalam 30 sentimeter.

Mengenai aksinya itu, Taylor berkata, dia memang menyakitkan tetapi perasaan itu lenyap selepas hanya seketika.

“Sedangkan kemegahan daripada aksi itu akan kekal sepanjang hayat,” katanya.

Bagi atlet angkat berat, mereka mungkin boleh mendapat inspirasi daripada John Evans, 64, yang mempertahankan rekodnya selama 14 tahun.

Evan adalah pemegang rekod bagi aksi mengimbangi kereta paling berat menggunakan kepala.

Pada Mei 1999, lelaki dari Derbyshire itu menanggung kereta Mini Cooper seberat 159.6 kilogram di atas kepalanya selama setengah minit.

Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday, berkata semua pencipta rekod itu adalah atlet profesional.

“Tetapi bagaimana dengan yang lain? Penembak kacang dan penggusti kaki, misalnya?” katanya.

Glenday berkata, pelaku aksi luar biasa itu mempunyai minat mendalam dan wajar diberi penghargaan.

“Nasib baik ada Guinness World Records yang mengiktiraf wira yang tidak didendangkan itu,” katanya.

Foto
Mengangkat barang paling berat menngunakan lidah!

source from myMetro
p/s: jika suka info ni sila klik 'Like' kt sebelah atas kanan.TQ :-)

No comments:

Post a Comment